PacMan Games

Apabila Tajuk Filem Barat DiMelayukan

Posted by Unknown | | Posted On Monday, 12 November 2012 at 07:27

Assalamualaikum. Haha. Kali ni kita ketawa dan enjoy sama2. Inspektor nak rabakkan sikit filem-filem barat. Alaa, macam segmen 'Interpretasi Rabak kat Astro Warna tulah. Baiklah, antara tajuk filem barat yang kelihatan ganjil diubah ke dalam bahasa Melayu ialah:

  1. Skyfall- Langit Jatuh
  2. The Man With The Iron Fists- Lelaki Dengan Penumbuk Besi
  3. Your Sister's Sister- Kakak Kepada Kakak Awak
  4. Fun Size- Saiz Lucu
  5. Sexy Baby- Bayi Seksi
  6. Suddenly Naked- Tiba-Tiba Berbog*l
  7. Chasing Ice- Mengejar Ais
  8. 21 Jump Street- 21 Jalan Melompat
  9. The Lord of The Rings: The Two Towers- Pemilik Cincin: Dua Bangunan
  10. Rain Man- Lelaki Hujan
  11. Jumper- Pelompat
  12. Underworld- Dunia Bawah
  13. Pineapple Express- Ekspress Nanas
  14. Liar-Liar: Penipu-Penipu
  15. Live Free or Die Hard- Hidup Bebas atau Susah Mati
  16. Wild Hogs- Babi-Babi Liar
  17. Dumb & Dumber- Bodoh & Lebih Bodoh
  18. Meet The Parents- Jumpa Ibu Bapa
  19. Girl Fight- Perempuan Bergaduh
  20. Golden Bear- Beruang Emas
  21. Die Another Day- Mati Di Lain Hari
  22. Before Night Falls- Sebelum Malam Jatuh
  23. Chicken Run- Ayam Lari
  24. Coyote Ugly- Koyot Yang Hodoh
  25. Veggietales- Dongeng Sayur-Sayuran
  26. Ginger Snaps- Halia Memetik
  27. Gun Shy- Pistol Malu
  28. Hollow Man- Lelaki Kosong
  29. How To Kill Your Neighbor's Dog- Macam Mana Nak Bunuh Anjing Jiran Awak
  30. Kiss Kiss (Bang Bang)- Cium Cium(Bang Bang)
  31. My Dog Skip- Anjing Saya Melompat
  32. The Price of Milk- Harga Susu
  33. Sexy Beast- Binatang Seksi
  34. What Planet Are You From?- Awak Dari Planet Mana?
  35. Can't Stop The Music- Tak Dapat Hentikan Muzik
  36. The Blues Brothers- Abang-Abang Biru
  37. Cutting It Short- Potong Tu Jadi pendek
  38. Die Laughing- Mati Ketawa
  39. Raging Bull- Kerbau Jantan Yang Kuat Meragging
  40. Rockshow-Persembahan Batu
  41. The Matrix-Matrikulasi 
  42. The Man Who Loved Cat Dancing- Lelaki Yang Suka Kucing Menari
  43. Stop! Or My Mom Will Shoot- Berhenti! Atau Mak Saya Akan Tembak
  44. Attack Of The Killer Tomatoes- Serangan Tomato-Tomato Pembunuh
  45. I Killed My Lesbian Wife, Hung Her On A Meat- Saya Bunuh Isteri Saya Yang Lesbian, Gantung Dia Atas Daging
  46. Hell Comes To Frogtown- Neraka Datang Ke Bandar Katak
  47. Children Shouldn't Play With Dead Things- Kanak-Kanak Tak Patut Bermain Dengan Benda Mati
  48. Don't Torture A Duckling- Janganlah Seksa Itik
  49. The Men Who Stare At Goats-Lelaki-Lelaki Yang Merenung Kambing-Kambing
  50. The House With Laughing Windows- Rumah Dengan Tingkap Yang Ketawa
  51. The Last Time I Commited Suicide- Saat Terakhir Aku Membunuh Diri
  52. The Incredible Melting Man- Lelaki Cair Yang Hebat
Haha. Hebat tak? Mana satu yang paling ganjil?? 

Cara Mudah Kenalpasti Anda Lesbian Atau Tidak

Posted by Unknown | | Posted On Sunday, 11 November 2012 at 21:58

Assalamualaikum abang2 dan kakak semua. Sebelum ni, inspektor sudah membincangkan tentang cara-cara mengenalpasti bahawa anda seorang yang gay ataupun tidak. Jadi kali ni, apa kata, inspektor buka topik pasal benda yang sama tapi berkaitan dengan lesbian. Sebelum itu, saya pasti bahawa anda di luar sana tahu maksud sebenar lesbian. Tapi, lebih baik saya jelaskan sahaja maksud sebenar. Manalah, tahu, ada yang tak pernah dengar perkataan ni. Hahaha.

Lesbian merupakan perempuan yang mempunyai perasaan cinta dan ingin menjadi intim terhadap jantina sejenis. Orang yang gay dan lesbian dikenali sebagai 'homoseksual'. Tertarik terhadap jantina sejenis, dan tidak mempunyai perasaan terhadap jantina yang berlawanan. Ramai yang berpendapat bahawa, hanya perempuan yang berperwatakan kasar dan menyerupai lelaki (tomboi) sahaja yang mempunyai sifat ini. Namun dari sudut pemerhatian dan kaji selidik inspektor, itu tidak semestinya. Banyak yang tidak sedar bahawa ada sesetengah wanita yang ayu dan kelihatan sejati, sebenarnya mempunyai sifat yang sama.

Seorang lesbian mungkin menganggap dirinya lelaki ataupun menganggap rakan perempuan sebagai lelaki. Itu bergantung terhadap perasaannya sendiri. Jadi berbalik kepada topik sebenar kali ini, cara-cara mengenal pasti ciri-ciri bahawa anda lesbian atau tidak. Antaranya

1. Suka memerhati dan merenung rakan perempuan- Sekiranya anda mendapati bahawa anda mempunyai hobi memerhati rakan perempuan, baik hentikan. Tidak salah renung, tapi, kalau acap kali merenung rakan-rakan perempuan anda, kemungkinan anda mempunyai sifat lesbian. Kadang2, anda tidak menyedari bahawa tabiat tersebut akan menimbulkan perasaan cinta dan melebih-lebih terhadap rakan perempuan anda

2. Selalu mengajak rakan rapat perempuan 'dating personally'- Insperktor rasa, abang2 dan kakak sekalian berfikir, "ala, setakat keluar jumpa kawan perempuan 'personally', takkanla lesbian". Ya, inspektor pun rasa macam tu. Tapi, cuba anda rasakan perasaan semasa ingin mengajak rakan rapat 'personally' keluar makan2 ke, tengok wayang ke. Adakah rasa berdebar-debar ataupun ala... macam biasa. Kalau berdebar-debar, hmm... adalah tu.

3. 'Caring' yang melebih-lebih kat rakan perempuan- Dalam kes ni, dalam banyak rakan2, mesti ada sorang yang kita paling rapat kan. Jadi, kalau tak jumpa dia hanya dalam masa sehari, rasa nak matikan?? Siapla 'calling2', mesej2, tanya, "awak sihatka, kalau tak sihat, mai aku bawak gi klinik. Jgn lupa mkn ubt tau. Tak salah caring, tanya kaba, tapi kalau dok tiap jam, tiap ari, tanya benda yang sama, tu dah mengalahkan pasangan 'hot' bercintan-cintun. Heyy.. Awas yer..

4. Takut dengan perempuan cantik- Haha. Pelikkan? Tapi, terimalah kenyataan ini. Kalau anda rasa takut nak berkawan ataupun rapat dan bertentang mata dengan perempuan cantik, hati-hati ya. Kategori ni, kalau rasa macam tu, maknanya, takut terjatuh cintalah dengan insan tu.

5. Tak minat buka topik pasal lelaki- Ok. Bagi anda2 yang suka lari daripada topik lelaki ketika berbual sesama rakan perempuan, mungkin anda langsung tidak berperasaan terhadap lelaki. Kemungkinan besar juga, sebelum ni, anda pernah dikecewakan oleh orang lelaki. Jadi, kiranya meluatlah ya. Dan harus diingatkan, sifat ini yang akan mendorong anda mempunyai perasaan terhadap jantina sejenis.

6. Tidak suka didekati lelaki- Sekiranya anda mempunyai masalah tidak selesa dan menyampah tengok lelaki, kemungkinan besar, anda memang suka dengan rakan jantina sejenis.

7. Cemburu membuak-buak apabila rakan perempuan berbual dengan lelaki- Ha!!  Ni contoh yang paling jelas. Kalau anda merasakan perasaan ini, hmm. memang sah la anda tak normal.   

Kesimpulannya kali ni. Jaga-jagalahya. Tapi, tidak semestinya betul seratus peratus. Hanya berdasarkan kaji selidik dan pemerhatian. Banyakkan berdoa. Inshaallah kalau ada di antara anda mempunyai masalah ini, berdoa dan bermuhasabah diri penyelesaiannya. Terima kasih...





Cara Mudah Kenalpasti Anda Gay Atau Tidak

Posted by Unknown | | Posted On at 09:28

Assalamualaikum. Hahaha. Kali ni, inspektor dengan murah hatinya nak kongsi beberapa perkara yang inspektor tahu kepada abang2 dan kakak semua. Anda tahu apa tu gay?? Hmm.. Gay adalah sejenis makanan laut yang boleh didapati di Lautan Atlantik. Betul ke ni? Takdala. Saya kelentong je.. Mana ada ikan, kerang, timun laut yang namanya gay. Manusia adalah yang nama gay.

Bagi sesiapa yang memang tak tahu apa maksud gay, ok, inspektor akan terangkan. Gay merupakan lelaki yang mempunyai perasaan cinta terhadap jantina sejenis atau dalam bahasa mudah, lelaki juga, yang menjurus kepada hubungan intim. Kat dunia ni, kira-kira 1/10 lelaki mempunyai sifat tersebut. Mungkin ada di antara mereka yang mempunyai sifat itu, namun tidak semestinya mereka terus terjerumus dalam kes songsang tersebut. Ikut budi bicara. Kalau dapat 'control', memang cukup bagus.

Inspektor nak kongsi beberapa cara dengan kaum Adam untuk kenal pasti bahawa anda gay atau tidak. Saya tahu, ada sesetengah abang2 yang cakap, "Alaa. Tak payah cek aku dah tau aku tak gay". Hahaha. Nanti dulu. Inspektor nyatakan berdasarkan kaji selidik terhadap seorang rakan saya. Baiklah. Cara- caranya ialah:
  1. Tenung mata rakan lelaki anda- Inspektor yakin bahawa anda memikirkan bahawa cara ini agak pelik dan menggelikan. Tapi itulah hakikatnya. Jadi, apabila anda sudah merenung, renung selama 1 minit. Renung dan hayati ya. Kalau tak, tak jadi. Kemudian, rasakan kadar nadi di pergelangan tangan anda. Kalau anda merasakan nadi anda berdenyut dalam kadar yang lebih cepat dari kebiasaan, awas! Anda mungkin ada sifat gay.
  2. Genggam erat tangan rakan lelaki anda 
 
 
Inspektor cadangkan, buatlah eksperimen ni kat rumah. Janganlah kat tempat awam. Kang malu pulak. Hehe. Ok. Kalau dah cuba genggam tu, cuba rasa. Kalau anda rasa meremang bulu roma. Sekali lagi, awas! Tapi kalau rasa geli, jangan risaulah. 
 
 3.  Kenalpasti perasaan ketika bermesej dengan rakan lelaki-
 Sesekali, anda pasti akan bermesej bersama rakan lelaki anda. Jadi, ambil peluang. Kenalpasti perasaan anda. Adakah teruja ataupun biasa2. Kalau teruja, awas! Anda mungkin mengalami simptom gay..

4.  Gemar tidur dikelilingi bantal-
     Haha.  Selalunya kaum wanita suka dipeluk oleh kaum lelaki dan suka tidur dikelilingi bantal.. Jadi , lelaki yang tak suka peluk bantal dan lebih memilih dikelilingi oleh bantal, bermaksud dia ingin dipeluk oleh bantal atau lebih jelas bantal tersebut adalah lelaki. Fahamkan? Awas!!

5. Suka bermekap-
 Hahaha. Lawakkan? Hmm. Bagi abang2 yang suka dan teruja sangat nak bermekap, awas! Hormon wanita anda mungkin sudah menerjah. Tak salah ya kalau abang2 nak bermekap. Tapi, kalau dah takat pakai gincu merah tebal, pastu pakai lagi bulu mata palsu, tak ke melampau.. Awas. 

Jadi kesimpulannya, inspektor nak terangkan, tidak semestinya cara di atas betul seratus peratus. Ini hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ya. Haha. Kalau boleh, cuba buat eksperimen ya. Dan, kalau ada tanda2, cepatlah elakkan. Kawal nafsu. Berdoa banyak2. Inshaallah, anda boleh berubah. Yang penting, kaum Hawa adalah pasangan terbaik untuk kaum Adam. Ok. Terima Kasih.

Ronaldinho Versi Wanita

Posted by Unknown | | Posted On at 00:04

assalamualaikum,
saya el mundo. Tentu ramai yang tertanya-tanya, apa maksud el-mundo kan?? buat pengetahuan semua, el mundo tu maksudnya 'dunia'. Kiranya saya ni inspektor dunialaa..x bermaksud saya ni perasan tau semua benda kat dunia ni. haha. cukuplah saya simbah sikit-sikit pasal informasi kat dunia ni...  Hmm...memandangkan ni merupakan entri pertama saya, biarlah saya post yang simple-simple dulu. boleh?? x salahkan. blog sebelumni dah buang dalam tong sampah daa... bak kata 'daia', "lupakan yang dulu". Eh?? Btulke?? Lantakla..

Minat bola tak?? mestila minat kan.tak kira laki ke pompuan ke. tipu kalau cakap x da pompuan yang minat. apa kau cakap?? pompuan x minat?? habis, yang pompuan ni dok 'mencendawankan' diri dia main dalam pasukan bola sepak, tu bukan minat?? Hapela.. Leceh la kau ni. Meh saya perkenalkan salah seorang cendawan pompuan yang main bola sepak, x kira la cendawan united ke ape ke.. haha.. dia ni dah kira football star dh. hebat tu..

Memperkenalkan
 Marta Vieira da Silva

Owh Hai!!! Nama saya Marta. Hmm.. Bukan Malta daa..M.A.R.T.A. Ada sesetengah orang cakap, muka saya ni macam Ronaldinho. ??? Betulke? lebih baik saya tunjuk kat korang semua muka budak Ronaldinho ni.. ARR,, nin dia.


Haa nampak x?? Sapa x nampak, maknanya, dia anak luar nikah. Takdalaa. Gurau je. Eh, saya tengah kejar bola ni. Tak tau pulak macam mana boleh sambil main, sambil update blog. Zaman sekarang.. Saya rasa, inspektor perlu ambil alih.. Ok.. Kinder Bueno!!

HAHA. Pandai pulak minah ni cakap melayu kan. Memang footballstar yang tip top. Pebenda la kinder bueno tu?? Sukati dia je. ok.. biar saya perkenalkan serba sedikit pasal minah Marta ni. 

Marta dilahirkan pada 19 Februari 1986 di Dois Riachos,Alagoas, Brazil. Di pendekkan citer, dia merupakan salah seorang ahli pasukan Tyereso FF (ladies) di Damallsvenskan sebagai penyerang. selain itu, dia juga ahli Brazil Women's National Football Team. Bakat emas Marta telah disedari oleh jurulatih bolasepak Brazil wanita yang terkenal iaitu, Helena Pacheco ketika Marta hanya berusia 14 tahun.. Sangat mudaa.Bermula dari saat itu, Marta berlatih dan bermain di Stadium bola sepak Rio de Janeiro yang berprestij. Marta telah mendapat gelaran FIFA World Player of The Year selama lima tahun berturut-turut iaitu bermula daripada tahun 2006 hinggalah tahun 2010. Dia merupakan ahli pasukan kebangsaan Brazil yang memenangi pingat perak pada Olimpik musim panas tahun 2004 dan 2008.

Antara kelab yang dicendawankan oleh Marta ialah:
  1. Vasco da Gama
  2.  Umea IK
  3. Los Angeles Sol
  4. Santos
  5. FC Gold Pride
  6. Tyreso FF
  7. Western New York Flash 
Buat pengetahuan abg2 dan kakak sekalian, Minah ni hanya berketinggian 5 kaki 4 inci bersamaan 163 cm. Woo.. kecik tuu. Tapi, kecik2 cili padi. Marta ni pernah menjaringkan gol dalam FIFA WOMEN'S WORLD CUP USA 2003,China 2007, dan Jerman 2011. Selain itu, dia juga menjaringkan gol dalam Olimpik Athens 2004, Beijing 2008, dan baru-baru ni, London 2012. Hebattkan? Persoalannya, adakah dia akan terus mengganas pada Olimpik 2016 di Rio iaitu rumah Marta sendiri.. Hmmm... Kita tunggu dan lihat. 

Baik. Inspektor akan paparkan beberapa 'scene'2 menarik si Marta ni.

Marta memakai Jersi Brazil no.10


 Marta berjersi hitam dalam 2009 WPS Allstars menentang Umea IK.
Baiklah. Sampai ni saja.. untuk kali ni..