PacMan Games

Cara Mudah Kenalpasti Anda Lesbian Atau Tidak

Posted by Unknown | | Posted On Sunday, 11 November 2012 at 21:58

Assalamualaikum abang2 dan kakak semua. Sebelum ni, inspektor sudah membincangkan tentang cara-cara mengenalpasti bahawa anda seorang yang gay ataupun tidak. Jadi kali ni, apa kata, inspektor buka topik pasal benda yang sama tapi berkaitan dengan lesbian. Sebelum itu, saya pasti bahawa anda di luar sana tahu maksud sebenar lesbian. Tapi, lebih baik saya jelaskan sahaja maksud sebenar. Manalah, tahu, ada yang tak pernah dengar perkataan ni. Hahaha.

Lesbian merupakan perempuan yang mempunyai perasaan cinta dan ingin menjadi intim terhadap jantina sejenis. Orang yang gay dan lesbian dikenali sebagai 'homoseksual'. Tertarik terhadap jantina sejenis, dan tidak mempunyai perasaan terhadap jantina yang berlawanan. Ramai yang berpendapat bahawa, hanya perempuan yang berperwatakan kasar dan menyerupai lelaki (tomboi) sahaja yang mempunyai sifat ini. Namun dari sudut pemerhatian dan kaji selidik inspektor, itu tidak semestinya. Banyak yang tidak sedar bahawa ada sesetengah wanita yang ayu dan kelihatan sejati, sebenarnya mempunyai sifat yang sama.

Seorang lesbian mungkin menganggap dirinya lelaki ataupun menganggap rakan perempuan sebagai lelaki. Itu bergantung terhadap perasaannya sendiri. Jadi berbalik kepada topik sebenar kali ini, cara-cara mengenal pasti ciri-ciri bahawa anda lesbian atau tidak. Antaranya

1. Suka memerhati dan merenung rakan perempuan- Sekiranya anda mendapati bahawa anda mempunyai hobi memerhati rakan perempuan, baik hentikan. Tidak salah renung, tapi, kalau acap kali merenung rakan-rakan perempuan anda, kemungkinan anda mempunyai sifat lesbian. Kadang2, anda tidak menyedari bahawa tabiat tersebut akan menimbulkan perasaan cinta dan melebih-lebih terhadap rakan perempuan anda

2. Selalu mengajak rakan rapat perempuan 'dating personally'- Insperktor rasa, abang2 dan kakak sekalian berfikir, "ala, setakat keluar jumpa kawan perempuan 'personally', takkanla lesbian". Ya, inspektor pun rasa macam tu. Tapi, cuba anda rasakan perasaan semasa ingin mengajak rakan rapat 'personally' keluar makan2 ke, tengok wayang ke. Adakah rasa berdebar-debar ataupun ala... macam biasa. Kalau berdebar-debar, hmm... adalah tu.

3. 'Caring' yang melebih-lebih kat rakan perempuan- Dalam kes ni, dalam banyak rakan2, mesti ada sorang yang kita paling rapat kan. Jadi, kalau tak jumpa dia hanya dalam masa sehari, rasa nak matikan?? Siapla 'calling2', mesej2, tanya, "awak sihatka, kalau tak sihat, mai aku bawak gi klinik. Jgn lupa mkn ubt tau. Tak salah caring, tanya kaba, tapi kalau dok tiap jam, tiap ari, tanya benda yang sama, tu dah mengalahkan pasangan 'hot' bercintan-cintun. Heyy.. Awas yer..

4. Takut dengan perempuan cantik- Haha. Pelikkan? Tapi, terimalah kenyataan ini. Kalau anda rasa takut nak berkawan ataupun rapat dan bertentang mata dengan perempuan cantik, hati-hati ya. Kategori ni, kalau rasa macam tu, maknanya, takut terjatuh cintalah dengan insan tu.

5. Tak minat buka topik pasal lelaki- Ok. Bagi anda2 yang suka lari daripada topik lelaki ketika berbual sesama rakan perempuan, mungkin anda langsung tidak berperasaan terhadap lelaki. Kemungkinan besar juga, sebelum ni, anda pernah dikecewakan oleh orang lelaki. Jadi, kiranya meluatlah ya. Dan harus diingatkan, sifat ini yang akan mendorong anda mempunyai perasaan terhadap jantina sejenis.

6. Tidak suka didekati lelaki- Sekiranya anda mempunyai masalah tidak selesa dan menyampah tengok lelaki, kemungkinan besar, anda memang suka dengan rakan jantina sejenis.

7. Cemburu membuak-buak apabila rakan perempuan berbual dengan lelaki- Ha!!  Ni contoh yang paling jelas. Kalau anda merasakan perasaan ini, hmm. memang sah la anda tak normal.   

Kesimpulannya kali ni. Jaga-jagalahya. Tapi, tidak semestinya betul seratus peratus. Hanya berdasarkan kaji selidik dan pemerhatian. Banyakkan berdoa. Inshaallah kalau ada di antara anda mempunyai masalah ini, berdoa dan bermuhasabah diri penyelesaiannya. Terima kasih...





Comments:

There are 0 comments for Cara Mudah Kenalpasti Anda Lesbian Atau Tidak

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.