PacMan Games

Ronaldinho Versi Wanita

Posted by Unknown | | Posted On Sunday, 11 November 2012 at 00:04

assalamualaikum,
saya el mundo. Tentu ramai yang tertanya-tanya, apa maksud el-mundo kan?? buat pengetahuan semua, el mundo tu maksudnya 'dunia'. Kiranya saya ni inspektor dunialaa..x bermaksud saya ni perasan tau semua benda kat dunia ni. haha. cukuplah saya simbah sikit-sikit pasal informasi kat dunia ni...  Hmm...memandangkan ni merupakan entri pertama saya, biarlah saya post yang simple-simple dulu. boleh?? x salahkan. blog sebelumni dah buang dalam tong sampah daa... bak kata 'daia', "lupakan yang dulu". Eh?? Btulke?? Lantakla..

Minat bola tak?? mestila minat kan.tak kira laki ke pompuan ke. tipu kalau cakap x da pompuan yang minat. apa kau cakap?? pompuan x minat?? habis, yang pompuan ni dok 'mencendawankan' diri dia main dalam pasukan bola sepak, tu bukan minat?? Hapela.. Leceh la kau ni. Meh saya perkenalkan salah seorang cendawan pompuan yang main bola sepak, x kira la cendawan united ke ape ke.. haha.. dia ni dah kira football star dh. hebat tu..

Memperkenalkan
 Marta Vieira da Silva

Owh Hai!!! Nama saya Marta. Hmm.. Bukan Malta daa..M.A.R.T.A. Ada sesetengah orang cakap, muka saya ni macam Ronaldinho. ??? Betulke? lebih baik saya tunjuk kat korang semua muka budak Ronaldinho ni.. ARR,, nin dia.


Haa nampak x?? Sapa x nampak, maknanya, dia anak luar nikah. Takdalaa. Gurau je. Eh, saya tengah kejar bola ni. Tak tau pulak macam mana boleh sambil main, sambil update blog. Zaman sekarang.. Saya rasa, inspektor perlu ambil alih.. Ok.. Kinder Bueno!!

HAHA. Pandai pulak minah ni cakap melayu kan. Memang footballstar yang tip top. Pebenda la kinder bueno tu?? Sukati dia je. ok.. biar saya perkenalkan serba sedikit pasal minah Marta ni. 

Marta dilahirkan pada 19 Februari 1986 di Dois Riachos,Alagoas, Brazil. Di pendekkan citer, dia merupakan salah seorang ahli pasukan Tyereso FF (ladies) di Damallsvenskan sebagai penyerang. selain itu, dia juga ahli Brazil Women's National Football Team. Bakat emas Marta telah disedari oleh jurulatih bolasepak Brazil wanita yang terkenal iaitu, Helena Pacheco ketika Marta hanya berusia 14 tahun.. Sangat mudaa.Bermula dari saat itu, Marta berlatih dan bermain di Stadium bola sepak Rio de Janeiro yang berprestij. Marta telah mendapat gelaran FIFA World Player of The Year selama lima tahun berturut-turut iaitu bermula daripada tahun 2006 hinggalah tahun 2010. Dia merupakan ahli pasukan kebangsaan Brazil yang memenangi pingat perak pada Olimpik musim panas tahun 2004 dan 2008.

Antara kelab yang dicendawankan oleh Marta ialah:
  1. Vasco da Gama
  2.  Umea IK
  3. Los Angeles Sol
  4. Santos
  5. FC Gold Pride
  6. Tyreso FF
  7. Western New York Flash 
Buat pengetahuan abg2 dan kakak sekalian, Minah ni hanya berketinggian 5 kaki 4 inci bersamaan 163 cm. Woo.. kecik tuu. Tapi, kecik2 cili padi. Marta ni pernah menjaringkan gol dalam FIFA WOMEN'S WORLD CUP USA 2003,China 2007, dan Jerman 2011. Selain itu, dia juga menjaringkan gol dalam Olimpik Athens 2004, Beijing 2008, dan baru-baru ni, London 2012. Hebattkan? Persoalannya, adakah dia akan terus mengganas pada Olimpik 2016 di Rio iaitu rumah Marta sendiri.. Hmmm... Kita tunggu dan lihat. 

Baik. Inspektor akan paparkan beberapa 'scene'2 menarik si Marta ni.

Marta memakai Jersi Brazil no.10


 Marta berjersi hitam dalam 2009 WPS Allstars menentang Umea IK.
Baiklah. Sampai ni saja.. untuk kali ni..




Comments:

There are 0 comments for Ronaldinho Versi Wanita

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.